TAHUKAH ANDA

Kematian mengejut semakin meningkat, kata doktor

TERDAPAT peningkatan yang ketara kes kematian mengejut melibatkan mereka yang berusia bawah 40 tahun terutamanya disebabkan oleh serangan jantung dan strok.

Pengasas Heart Bit E-ECP Wellness Centre Dr S. Denesh berkata tahap tekanan yang tinggi, tidur yang tidak mencukupi dan sejarah penyakit jantung juga merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya sindrom kematian mengejut di kalangan orang dewasa atau Sudden Adult Death Syndrome (SADS).

Selain itu, kejutan kepada sistem kardiovaskular yang berpunca daripada peningkatan dalam aktiviti fizikal secara tiba-tiba turut menyumbang kepada kes SADS.

“Aktiviti senaman fizikal dalam populasi kita ketika itu (lockdown) masih kurang. Apabila ia ditarik balik, ramai antara kita terlalu cepat dan agresif melakukan senaman sehingga menyebabkan peningkatan kes SADS.

“Apabila badan anda tidak dilatih selama itu, ia menyebabkan sedikit kejutan kepada badan (sekiranya seseorang tiba-tiba melakukan senaman yang berat),” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata simptom SADS dan serangan jantung adalah sukar untuk diketahui kerana ia berlaku dengan cepat dan oleh itu, langkah pencegahan seperti gaya hidup dan pengubahsuaian diet perlu diambil.

“Kita juga harus belajar bagaimana untuk melaksanakan resusitasi kardiopulmonari (CPR), kerana ia boleh meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi mereka yang terkena serangan jantung. Adalah penting bagi kita untuk mengenal pasti simptom dan memulakan CPR dengan segera jika orang itu tidak bernafas,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button