YANG VIRAL

Bila boss? …Lim Sian See tanya Rafizi

Sebenarnya ramai yang ternanti nanti podcast Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ‘Yang Bakar Menteri’ yang menampilkan pempengaruh media sosial Lim Sian See.

Antara sebabnya nak tahu identiti sebenar Lim Sian See.

Setakat ini Lim hanya dikenali pada namanya sahaja.

Ada yang cakap dia bukan orang Cina dan hanya guna nama samaran orang Cina.

Lim dikenali sebagai pempengaruh media sosial yang pro Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafizi yang jawab cabaran Lim agar jemputnya ke podcast ‘ Yang Bakar Menteri’ sudah bagi pengakuan akan jemputnya.

Menurut Rafizi selain Lim beliau mahu menjemput Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil menjadi tetamu podcastnya.

Bagaimanapun, Rafizi berkata beliau akan mendapat maklum balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno terlebih dahulu sebelum menjemput mereka.

Rafizi sendiri berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar Lim.

Beliau sifatkan Lim watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini.

Pada 5 Mac lalu, Rafizi meminta Lim menunggu selepas Ramadan berikutan Lim berkata beliau masih menunggu wakil menteri itu menghubunginya dan mempersoalkan kelewatan menghantar jemputan tersebut.

Hari ini Rabu, 17 April…Lim buat posting ringkas di facebooknya bertanya Rafizi ….bila boss? dengan memaparkan beberapa laporan media mengenai cabar mencabar antara mereka. – 17/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button