YANG VIRAL

Letusan gunung berapi Ruang di Sulawesi Utara…Malaysia Airline dan Air Asia batal penerbangan KLIA ke Sabah Sarawak

Ekoran letusan gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia Malaysia Airlines dan Air Asia batal beberapa penerbangan antara KLIA-Sabah-Sarawak dan sebaliknya.

Gunung berapi itu yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Sulawesi Utara , Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam,Rabu.

Berikut ialah penerbangan Malaysia Airlines di laluan berkenaan yang terlibat:

Ke/dari Sabah
· MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau)
· MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur)
· MH2612 (Kuala Lumpur—Kota Kinabalu)
· MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan)
· MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur)
· MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
· MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu)
· MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)
· MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur)

Ke/dari Sarawak
· MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching)
· MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur)
· MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching)
· MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur)
· MH2574 (Kuala Lumpur-Miri)
· MH2575 (Miri-Kuala Lumpur)
· MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu)
· MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur)

Satu kenyataan Malaysia Airlines kata ia akan terus memantau perkembangan semasa situasi berkenaan.

Menurut Malaysia Airlines, kemas kini lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas atau melalui media sosial.

“Pada masa sama, kami sedang berusaha untuk menguruskan penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan itu sebaik sahaja situasi bertambah baik.

“Penumpang perlu mengemas kini butiran melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk makluman semasa melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Keselamatan penumpang dan anak kapal amat penting kepada Malaysia Airlines,” katanya.-18/4/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button