Kes simbah asid Faisal Halim…polis tahan seorang lelaki usia 20han

Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes simbahan asid ke arah bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara pada Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kata lelaki berusia 20han itu diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Menurutnya polis akan mendapatkan perintah reman hari ini.
Beliau beritahu setakat ini polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk Faisal.
Mengenai motif kejadian,beliau kata hal itu masih dalam siasatan.
Dalam kejadian berkenaan bahagian badan Faisal mengalami luka teruk selepas disembah asid.
Dia dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.
Semalam EXCO Selangor, Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan serta Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara.
Beliau berkata, Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang sedang dirawat di sebuah hospital, dekat Petaling Jaya, lecur pada bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Katanya, beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa pemain sayap kebangsaan itu kini berada dalam keadaan stabil.
Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik sekali gus mengecam keras serangan itu dan mahu polis menjalankan siasatan, sekali gus membawa pelaku ke muka pengadilan.
“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini, serta dikurniakan kesembuhan segera,” katanya dalam kenyataan.- 6/5/2024