Thursday - 15, May 2025

Musa Hitam rasmi buku bekas musuh politiknya…Ku Li: Memoir 205.

Share

Dalam sejarah UMNO sebahagian besar dari senario politik tahun 1980han diwarnai oleh isu melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Musa pernah pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala Tengku Razaleigh Menteri Kewangan.

Semasa era itu kebanyakan orang politik tahu bagaimana panasnya permusuhan politik antara mereka berdua.

Dua tokoh popular UMNO waktu itu pernah bertanding dua kali untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Tengku Razaleigh tewas kali pertama pada 1981 dan kedua 1984 ditangan Musa Hitam.

Pada tahun 1987 lain pula ceritanya bila mereka bergabung tenaga dalam Team B lawan Team A dipelopori Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tengku Razaleigh VS Dr Mahathir untuk Presiden UMNO manakala Musa VS Ghafar untuk Timbalan.

Kedua mereka tewas.Tengku Razaleigh kalah cuma 43 undi pada Dr Mahathir.

Bahang pemilihan 24 April 1987 inilah yang berlarutan hingga membawa kepada pengharaman UMNO asal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Pada Selasa…Musa berdiri atas pentas di sebuah hotel di Kuala Lumpur merasmikan buku Tengku Razaleigh bertajuk Ku Li: Memoir 205.

“Bila saya diberitahu saya dikehendaki lancar buku untuk Ku Li, banyak juga tak percaya itulah sebab begitu ramai yang tidak tahu sejarah kita,”kata Musa dalam ucapan beliau di depan Tengku Razaleigh.

Musa mengakui Tengku Razaleigh atau mesra disapa sebagai Ku Li yang juga bekas Ahli Parlimen Gua Musang ialah sahabat sewaktu awal penglibatannya dalam politik dan kerajaan, namun bertukar menjadi “lawan” dalam pertarungan mendapatkan jawatan semasa pemilihan UMNO ketika itu.

“Bertahun-tahun renggang…namun itu sejarah,” katanya.

Tengku Razaleigh dalam ucapan pula berkata beliau amat terharu dan berbangga dengan kesudian Musa untuk hadir bersama isterinya Toh Puan Zulaikha Sheardin di majlis itu.

Buku berkenaan adalah hasil tulisan Zinitulniza Abdul Kadir.

Mengandungi 15 bab, buku Ku Li: Memoir 205 setebal 339 muka surat berkongsi pelbagai kisah di sebalik tabir sejarah perkhidmatan Tengku Razaleigh terutama dalam membantu kepimpinan tertinggi negara membina Malaysia sejak 1962.- 21/5/2024

Read more

khabar terbaru