
KEMASKINI : Lima ahli keluarga lelaki kes serang balai polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma
Selepas tempoh reman berakhir hari ini,Jumaat..lima ahli keluarga lelaki yang serang Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan reman selepas kejadian pada jam 2.54 pagi Jumaat minggu lalu dimana lelaki itu ditembak mati dan dua anggota polis maut.
Penahanan mereka dibawah Sosma dimaklum oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang akhbar pada Jumaat.
“Di bawah Sosma ini, Cawangan Khas Bukit Aman akan menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih juga akan meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.
Katanya selain siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh…kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Tambahan) kerana polis menemui “paip” yang boleh digunakan untuk membina pistol angin. – 24/5/2024
Kes serang balai Ulu Tiram…dua pelajar IPT dibebaskan dari reman…tinggal lima sekeluarga
Buat masa ini cuma tinggal lima sekeluarga yang masih ditahan reman untuk siasatan kes serangan di balai polis Ulu Tiram,Johor pada awal pagi Jumaat lalu.
Semalam,Selasa dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang turut ditahan reman dibebaskan tanpa syarat.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata pembebasan dua pelajar terbabit dibuat selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.
“Bagaimanapun, siasatan terhadap lima ahli keluarga suspek masih diteruskan berikutan tahanan reman mereka hanya akan tamat pada 24 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Sabtu lalu, media melaporkan tujuh individu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lima sekeluarga yang ditahan ialah keluarga kepada lelaki yang lakukan serangan di balai itu dan mati ditembak.
Dua pelajar IPT berkenaan ialah mereka yang kebetulan berada dalam balai itu waktu kejadian yang bermula jam 2.30 pagi.
Mereka dikatakan hendak dapat pandangan untuk buat laporan polis berkaitan satu dakwaan mengenai pencabulan yang sudah lama berlaku.
Sebelum ini dilaporkan polis agak curiga mengenai kehadiran mereka pada awal pagi di balai itu untuk buat laporan polis pasal satu kejadian yang didakwa sudah lama berlaku.
Dalam kejadian itu selain penyerang terkorban turut maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.
Koperal Mohd Hasif Roslan yang dilaporkan parah pula kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di Johor Bharu.- 22/5/2024