FOKUS

KEMASKINI : Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin hadapi satu lagi tuduhan rasuah…

Semalam,Khamis di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala pada hari ini,Jumaat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula.

Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yakni Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad,42 berdepan satu lagi pertuduhan rasuah.

Kes ini juga melibatkan orang dan syarikat yang sama.

Semalam beliau didakwa menerima suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd pada Disember 2020.

Ia berkaitan tender RM381 juta bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayed Amir mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Hari ini pula atas dakwaan meminta suapan RM350,000 juga dari Wan Azhar pada Disember 2020 bagi membantu syarikat itu mendapatkan tender berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Nexuscorp di Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, Shah Alam pada jam 4 petang Disember, 2020.

Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud Harun.

Seperti semalam…Sayed Amir mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Awang Kerisnada telah meluluskan permohonan pendakwa agar ke situ dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur agar dapat didengar serentak dengan kes sama di situ.

Kes itu dijadual akan disebut di mahkamah Kuala Lumpur 12 Julai ini. – 24/5/2025

BERITA SEMALAM : Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad,yakni bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 pada empat tahun lalu.

Mengikut dua pertuduhan, lelaki berusia 42 itu didakwa menerima suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd.

Ini sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, di Solaris Dutamas di Kuala Lumpur, pada 4 petang, 4 Dis 2020 dan 3.30 petang, 16 Dis 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Bismillah, faham, mohon dibicarakan,” katanya.- 23/5/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button