FOKUS

Al-Fatihah…ADUN PAS Sungai Bakap Pulau Pinang meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya 1.38 tengah hari Jumaat.

Pada hujung April lalu, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keradangan di bahagian perut.

Awal hari ini Persuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusoff menafikan khabar mengatakan Zamri berada dalam keadaan kritikal.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi.

Semasa pilihanraya umum 2018, beliau tewas cuma 416 undi kepada calon PKR Zulkifli Ibrahim di kerusi DUN itu dalam pertandingan tiga penjuru termasuk calon UMNO Datuk Mahmud Zakaria.

Satu pilihanraya kecil dijangka diadakan ekoran kematian wakil rakyat ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kedua dalam tahun ini selepas baru ini pada 11 Mei di DUN Kuala Kubu Bharu,Selangor.- 25/5/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button