Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
SPRM bagi tempoh lanjutan kali keempat kepada Mirzan dan Mokhzani isytihar harta… - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / SPRM bagi tempoh lanjutan kali keempat kepada Mirzan dan Mokhzani isytihar harta…

SPRM bagi tempoh lanjutan kali keempat kepada Mirzan dan Mokhzani isytihar harta…

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad yakni Mirzan dan Mokhzani telah mendapat tempoh lanjutan terbaru dari SPRM untuk isytihar harta mereka.

Ini adalah lanjutan kali keempat diberi SPRM kepada mereka berdua sejak beri notis isytihar harta pada Januari lalu.

Lanjutan sebelum ini untuk Mirzan tamat pada 25 Mei manakala Mokhzani pada 29 Mei.

Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki beritahu wartawan Rabu mengenai lanjutan tempoh itu.

Beliau berkata, peguam Mirzan dan Mokhzani juga telah berhubung dengan penyiasat SPRM mengenai pelanjutan tempoh tersebut.

Mirzan dan Mokhzani diminta isytihar harta sejak tahun 1981 sewaktu Dr Mahathir mula jadi Perdana Menteri.

Sebelum ini kedua mereka telah membangkitkan mengenai kerumitan mendapatkan pelbagai dokumen yang perlu kerana jarak waktu yang lama sejak 1981.- 29/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *