Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Faktor utama nahas berpunca dari helikopter Fennec tersasar masuk laluan helikopter AW139 - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Faktor utama nahas berpunca dari helikopter Fennec tersasar masuk laluan helikopter AW139

Faktor utama nahas berpunca dari helikopter Fennec tersasar masuk laluan helikopter AW139

Lembaga Siasatan mendapati faktor utama yang menyebabkan nahas membabitkan dua helikopter sehingga mengorbankan 10 pegawai dan anggota tentera pada 23 April lepas adalah disebabkan helikopter Fennec terbabit tidak berada pada ketinggian serta haluan ditetapkan, dan memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata faktor sekunder nahas itu pula adalah disebabkan channelized attention oleh kru helikopter HOM-AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan sehingga menghadkan reaksi untuk mengelak pelanggaran daripada berlaku.

Beliau berkata laporan Lembaga Siasatan nahas dua pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut itu juga tidak menyatakan sekiranya nahas berpunca daripada faktor kesilapan manusia, berikutan pesawat Fennec berkenaan tidak dilengkapi dengan kotak hitam.

“Tiada data yang boleh merumuskan berlakunya human error kerana pesawat Fennec tiada kotak hitam,” katanya dalam sidang media Laporan Akhir Insiden Helikopter Terhempas di Pengkalan TLDM Lumut Khamis.

Dalam tragedi pada 23 April lepas itu tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.- 30/5/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *