Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap pada 6 Julai - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap pada 6 Julai

Pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap pada 6 Julai

Pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap di Pulau Pinang akan diadakan pada 6 Julai ini.

Penamaan calon ialah pada 22 Jun.

Ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom pada Khamis.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada pilihanraya negeri lalu Allahyarham Nor Zamri dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose.

Beliau menang dengan majoriti 1,563 setelah mendapat 15,433 undi.

PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.- 6/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *