Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Mahkamah beri pelepasan sementara paspot kepada isteri Tun Daim - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Mahkamah beri pelepasan sementara paspot kepada isteri Tun Daim

Mahkamah beri pelepasan sementara paspot kepada isteri Tun Daim

Lama tidak dengar khabar Toh Puan Na’imah Abdul Khalid…isteri kepada Tun Daim Zainuddin sejak kes mahkamah Januari lalu dimana beliau didakwa tidak isytihar harta kepada SPRM.

Pada Jumaat…Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membenarkan pelepasan sementara paspot antarabangsa beliau.

Hakim Azura Alwi telah beri kebenaran itu untuk tempoh mulai hari ini hingga 30 Jun.

Na’imah memohon pelepasan sementara dokumen itu bagi menghadiri jemputan pameran seni Art Basel dari 10 Jun sehingga 16 Jun di Basel, Switzerland dan bertemu pihak berkepentingan dalam syarikatnya di Singapura

Pada 23 Januari lalu Na’imah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Pada 22 Mac lalu, Na’imah gagal mendapatkan semula pasportnya secara kekal selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau yang memutuskan tidak terdapat ketidakadilan melalui keputusan Mahkamah Sesyen yang mengenakan syarat tambahan jaminan.- 7/6/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *