KEMASKINI : Bersatu sudah hantar notis gugur ahli serta merta pada 6 Ahli Parlimen yang berpaling tadah

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengeluarkan satu kenyataan memberitahu parti itu hari ini,Rabu menghantar notis gugur ahli serta merta pada 6 Ahli Parlimen yang berpaling tadah sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, penyerahan juga dibuat selepas ia dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat Selasa malam.
Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
“Bagi kes Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (ahli Parlimen Labuan) pula, keahlian beliau terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.6 Perlembagaan BERSATU.
Notis terhenti secara serta-merta keahlian dihantar kepada beliau lebih awal iaitu pada 17 Mei lalu.
“Kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan,” kata Hamzah.
Pada Selasa malam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, pihaknya akan menghantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa terdekat berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi yang disandang mereka ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Kelantan berhubung kedudukan kesemua wakil rakyat itu.- 12/6/2024
Bersatu akan hantar surat rasmi gugur ahli kepada 7 wakil rakyat dalam sehari dua ini…
Surat rasmi dari parti Bersatu untuk beritahu tujuh wakil rakyatnya yang paling tadah sokong kerajaan bahawa keahlian mereka telah gugur akan dihantar dalam satu atau dua hari.
Selepas itu, Bersatu akan maklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai status enam Ahli Parlimen, selain Speaker DUN Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang dan Speaker DUN Kelantan bagi kerusi Nenggiri.
Jika Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negeri memutus kerusi wakil rakyat berkenaan kosong maka pilihanraya kecil perlu diadakan.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin beritahu mengenai urusan nak hantar surat rasmi itu selepas mesyuarat majlis pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur Selasa malam.
“Kita akan memberi maklumkan kepada speaker parlimen Malaysia mengenai kes enam ahli parlimen dan speaker DUN Selangor serta negeri Kelantan terhadap dua Adun Selat Kelang dan Nenggiri, Kelantan dalam masa terdekat.. insya-Allah minggu ini.
Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Mohd Azizi juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri di Kelantan.
ADUN Selat Kelang pula ialah Datuk Rashid Asari.
Sebelum ini, tujuh wakil rakyat Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Muhyiddin menjelaskan partinya mengambil tindakan ikut peraturan dengan berhati hati.
“Ada proses, perlu berhati-hati, perlu lengkap dengan laporan sebab kita tak nak gopoh, sebab itu ambil masa nak susun betul-betul, kita tak nak atas alasan teknikal, tindakan ini dikatakan tak berperaturan.
“Kita yakin (dengan) langkah (yang) diambil kerana banyak pihak kata betul, ikut Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti dan selaras itu, ROS (Pendaftar Pertubuhan) setuju dan kita beritahu Ahli Parlimen, Adun Bersatu mereka kena patuh dan tandatangan tetapi ada yang tidak setuju… dan untuk menentukan adanya pilihan raya (kecil) kena bawa kepada Speaker,” katanya.-12/6/2024