Dauk dan nenek Zayn Rayyan yang ditahan polis semalam,Rabu untuk bantu siasatan telah dibebaskan.
Peguam Fahmi Abd Moin beritahu wartawan Khamis bahawa mereka dibebaskan dengan jaminan polis.- 13/6/2024
Datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan…
Polis telah menahan datuk dan nenek sebelah bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan.
Kedua mereka ditahan di Subang Bistari.
Penahanan itu dipercayai untuk membantu siasatan kes.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan beritahu permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok,Khamis.
Gambar atas….Datuk Zayn Rayyan sedang pegang isterinya selepas dia menjerit supaya keadilan diberikan kepada anaknya (bapa Zayn Rayyan) waktu mereka sedang dibawa masuk ke dalam mahkamah Petaling Jaya pada 7 Jun lalu.
Sebelum itu datuk dan nenek itu kelihatan hadir di mahkamah semasa Ismanira,ibu kepada Zyan Rayyan dibawa polis untuk beri keterangan kepada majistret di mahkamah Petaling Jaya pada sebelah pagi.
Pada 7 Jun semasa proses permohonn polis untuk sambung reman ibubapa Zyan Rayyan di mahkamah Petaling Jaya…mereka turut hadir.
Datuk Zyan Rayyan itu kelihatan bersama beberapa anggota keluarga di luar mahkamah yang memegang kain rentang bertulis ‘Allahuakbar Keadilan Untuk Zaim & Isma’, ‘Justice For Zayn Rayyan’ dan ‘Keadilan Untuk Zayn Rayyan’.
Gambar atas…datuk Zayn Rayyan ,berbaju biru bersama beberapa anggota keluarga yang pegang kain rentang di kawasan mahkamah Petaling Jaya pada 7 Jun.
Sementara seorang wanita yang dipercayai nenek Zyan Rayyan kelihatan menjerit supaya keadilan diberikan kepada anaknya itu semasa mereka sedang dibawa masuk ke dalam mahkamah hari itu.- 12/6/2024