TAHUKAH ANDA

KEMASKINI : Kedudukan ADUN Selat Klang kini ditangan Speaker DUN Selangor

Kosong atau tidak kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Selat Klang yang kini disandang oleh Datuk Rashid Asari kini terletak pada keputusan Speaker DUN, Lau Weng San.

Ini berikutan notis mengenai kedudukan Rashid yang digugurkan sebagai ahli parti Bersatu sudah diserahkan kepada Speaker.

Ia diserahkan oleh Ketua Pembangkang Selangor Azmin Ali pada hari ini,Jumaat.

“Notis itu dihantar menurut Perkara LXVA Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 berkenaan kekosongan luar jangka.

“Ia menyebut apabila speaker menerima notis bertulis mengenai berlakunya kekosongan luar jangka daripada mana-mana ahli dewan, speaker hendaklah memastikan berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima notis itu,” kata Azmin dalam satu kenyataan.

Pada 6 Mac lalu, Rashid mengikrarkan sokongannya kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Pada 12 Jun lalu, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin mengeluarkan notis terhenti kepada wakil rakyat yang berpaling tadah itu dengan alasan melanggar Perkara 10.4 perlembagaan parti.

Atas alasan sama, Azmin berkata Rashid bukan lagi ahli Bersatu, yang seterusnya mencetuskan kekosongan buat kerusi Selat Klang.

Katanya Rashid telah dimaklumkan bahawa keahliannya telah dibatalkan dalam surat yang dihantar pada 12 Jun – mengikut fasal 10.4 perlembagaan Bersatu kerana tidak mengendahkan arahan parti yang dikeluarkan pada 17 Mei.

“Saya juga ingin menarik perhatian speaker kepada Akta Pertubuhan 1966, yang menegaskan bahawa keputusan sesuatu parti tentang tafsiran perlembagaan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan parti adalah muktamad.

“Justeru, saya memohon speaker dewan membuat pemastian bahawa telah berlaku kekosongan luar jangka untuk kerusi Selat Kelang,” katanya yang juga adalah ADUN Hulu Kelang.

Azmin juga mengingatkan Lau supaya mematuhi dan menunaikan sumpah jawatan jawatan beliau sebagai speaker untuk melindungi dan memelihara perlembagaan negeri Selangor.- 21/6/2024

Speaker DUN Selangor belum terima notis pasal ADUN Bersatu Selat Klang

Kalau di Selangor Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah buat keputusan kosongkan kerusi DUN Nenggiri… namun di Selangor setakat ini belum ada sebarang notis dihantar kepada DUN mengenai soal keahlian parti Bersatu ADUN Selat Klang Datuk Rashid Asari.

Speaker DUN Selangor Lau Weng San dilaporkan kata beliau belum lagi terima sebarang notis mengenai hal berkenaan.

Parti Bersatu telah mengugurkan keahlian Rashid setelah beliau tidak jawab notis rasmi parti meminta beliau menyatakan pendirian samaada masih setia atau sebaliknya.

Beliau adalah salah seorang dari tujuh wakil rakyat Bersatu yang berpaling tadah sokong kerajaan.

Sebelum itu beliau telah menyatakan pendirian sokong Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shaari tanpa keluar parti.

Difahamkan ikut perlembagaan negeri Selangor seorang ADUN harus kosongkan kerusi sekiranya keluar dari parti politik yang dianggotainya,sudah tidak jadi ahli ataupun lompat ke parti lain.- 19/6/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button