TAHUKAH ANDA

UMNO Bahagian Bukit Gantang tolak Syed Abu Hussin jadi calon jika pilihanraya kecil parlimen diadakan

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal terpaksa cari ‘lorong sendiri’ atau jadi calon bebas jika berhajat hendak bertanding dalam pilihanraya kecil Kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak sekiranya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul buat keputusan beliau kena kosongkan kerusi parlimen itu.

Kedudukan beliau yang merupakan salah seorang dari enam Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari parti Bersatu yang paling tadah sokong kerajaan kini sepenuhnya terletak kepada keputusan Johari yang sudah terima notis penguguran keahliannya dari Bersatu.

Syed Abu Hussin asalnya adalah Ahli Parlimen BN dari parti Umno yang menang pada pilihanraya umum ke 14.Beliau kemudiannya lompat adi Ahli Parlimen Bebas dan kemudiannya masok PN.

Pada PRU ke 15 beliau bertanding atas tiket PN dan menang tetapi kemudian paling tadah isytihar sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika Johari buat keputusan kerusi itu kosong dan pilihanraya kecil perlu diadakan ….UMNO Bahagian Bukit Gantang awal awal sudah buat pendirian menolak Syed Abu Hussin Hafiz sebagai calon mewakili BN.

Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie pada Ahad berkata Umno bahagian itu tidak dapat menerima pengkhianatan seperti yang dilakukan Syed Abu Hussin pada PRU ke 14 lalu.

Katanya “kami sudah ada calon sendiri, tak perlukan Syed Abu Hussin mewakili UMNO.

“UMNO bahagian Bukit Gantang kini sedang membina generasi baru dan kami tidak perlukan generasi lama.

“Pengkhianatan dibuat beliau (Syed Abu Hussin) masih lagi kami terasa dan berdarah jadi untuk menerima beliau sebagai calon mewakili BN dan UMNO adalah mustahil.

“Nak patah balik kepada UMNO boleh tetapi sebagai ahli biasa, tolong saya pacak bendera, bukan sebagai calon.”

Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bukit Gantang di Dewan Bukit Gantang ,Mohammad Sollehin berkata, sekiranya PRK berlaku di Bukit Gantang, UMNO bahagian itu mahu meletakkan calon pilihan mereka sendiri iaitu Naib Ketua Bahagian, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

“Kami sudah ada calon, yang sebenarnya kami sediakan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun kami akan menggunanya jika berlaku PRK di sini.

“Sekiranya mimpi ngeri berlaku di mana pihak atasan mahu letakkan calon lain atau Syed Abu Hussin di sini, maka kami tidak akan memberikan sebarang komitmen.

“Sebagai ketua bahagian di sini, saya tak terima orang seperti ini dan ini kerja gila, kita nak tolong orang yang pernah khianat kita,” katanya.- 30/6/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button