‘Selamat jahanamkan negara wahai katak politik’…- Dr Akmal

Politik ialah persepsi.Tak kira apa sekalipun…kalau persepsi seseorang sudah begitu dia akan pegang kepada pandangan itu ketika memangkah kertas undi nanti.
Isu semasa yang paling hangat diperdebatkan ialah kedudukan bekas wakil rakyat yang digugurkan sebagai ahli parti Bersatu.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Ahli Parlimen Bukit Gantang,Perak , Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) ,Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar, Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang ,Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.
Dari tinjauan di media sosial dan sebagainya mood dan pandangan kebanyakan orang ialah mereka wajar dihukum dengan pengosongan kerusi dan pilihanraya kecil diadakan agar rakyat kawasan mereka dapat buat penentuan semula siapa yang mereka hendak pilih.
Itulah cara yang adil,telus dan gentleman untuk tangani isu.
Tolak sebelah bab parti sebelah mana sekalipun.
Inilah persepsi yang segar berkembangan dalam isu ini.
Ia boleh menjadi liabiliti bagi pihak PH-BN.
Buktinya sudah wujud pelbagai bantahan terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dari parti PKR mengekalkan status enam wakil rakyat itu sebagai Ahli Parlimen.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San dari parti DAP dalam gabungan PH-BN juga telah mengekalkan kedudukan Rashid sebagai wakil rakyat di DUN Selat Klang.
Hanya Speakar Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abduullah dari parti PAS yang bertindak buat keputusan kosongkan kerusi DUN Nenggiri yang disandang oleh Mohd Azizi ( yang juga Ahli Parlimen Gua Musang) dan pilihanraya kecil akan diadakan.
Kebanyakan orang seolah tidak mahu dengar penjelasan teknikal dalam perundangan yang diberi Johari untuk mendokong keputusannya.
Persepsi popular ialah keputusan dibuat atas kepentingan politik bukan prinsip untuk hormati mandat rakyat.
Apa lagi keputusan dibuat beberapa hari selepas pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap dimana gabungan PH-BN kalah dengan majoriti besar.
Maka sukar untuk dibendung persepsi bahawa keputusan tidak kosongkan kerusi wakil rakyat berkenaan kerana PH-BN takut nak berdepan pilihanraya kecil enam pilihanraya kecil parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri.
Pada masa isu lompat parti terus hangat menjadi bahan bualan…ramai yang ingin melihat kes wakil rakyat berkenaan jadi penanda aras baru.
Mesej serius yang harus disampaikan jangan lagi sesiapa langgar lampu merah dalam bab lompat sana sini setelah rakyat kawasan mereka sudah kepercayaan parti mana yang mereka mahu.
Cuba bayangkan alasan diberikan oleh Suhaili bahawa mereka melompat kerana mahukan peruntukkan dari kerajaan untuk bantu rakyat kawasan mereka.
Bukankah itu sangat tidak lojik dan dangkal sekali.
Apakah mereka tidak fikir…kalaulah mereka bertanding atas nama parti lain semasa pilihanraya mereka besar kemungkinan mereka tidak menang.
Mereka menang atas tiket dan wadah parti yang mereka bertanding.
Siapa yang ajar dan bagi lesen mereka boleh ‘tukar kolam’ sesuka hati khianati mandat rakyat yang telah undi mereka.
Jika tidak dikawal dari sekarang ini bermakna pada pilihanraya umum yang akan datang mana mana calon sekalipun boleh suka suka bertanding dan kemudian lompat.
Bunyinya macam cerita kartun ….bila kalah lompat ke parti yang menang dengan beri macam macam alasan termasuk seperti perlukan peruntukkan.
Jawabnya rosaklah sistem politik negara dengan tindak tanduk cacamarba itu.
Antara yang telah bersuara menentang keputusan tidak kosongkan kerusi wakil rakyat bekas ahli Bersatu ialah tokoh veteran Umno Tan Sri Shahrir Samad dan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang,Johor Hassan Karim.
Sebagai orang lama dalam arina politik tentu mereka sudah dapat baca risiko isu ini.
Pada Jumaat Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Akmal Saleh menyertai suara bantahan.
Menerusi hantaran di facebooknya dibawah tajuk ‘Selamat jahanamkan negara wahai katak politik’ Dr Akmal kata Akta Anti Lompat parti yang diluluskan di Parlimen menjadi sia-sia selepas wakil rakyat yang berpaling tadah tidak hilang kerusi.
Mengulas keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengosongkan kerusi bekas ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan, beliau secara sinis mengucapkan selamat menjahanamkan negara kepada “katak-katak politik”.
“Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.
“Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik,” katanya yang juga Exco Melaka yang juga Adun Merlimau.
Mengulas komen seorang pembaca yang mahu Dr Akmal hormati keputusan Johari Abdul beliau berkata,” sebelum nak hormat keputusan Speaker,sebagai pemimpin apa yang lebih penting adalah hormat hak rakyat untuk menolak katak2 politik dari terus menjahanamkam negara!
“Adakah ia terpakai kepada satu pihak?
“Jika lepas ini ada pihak lain yang nak menyatakan sokongan kepada yang lain adakah kita nak benarkan??
“Akhirnya yang untung katak politik,yang terus jahanam negara dan rakyat yang menanggungnya!!,”kata Dr Akmal.- 12/7/2024