Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
MP PN Machang digantung enam bulan daripada hadiri sidang Dewan Rakyat… - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / MP PN Machang digantung enam bulan daripada hadiri sidang Dewan Rakyat…

MP PN Machang digantung enam bulan daripada hadiri sidang Dewan Rakyat…

Ahli parlimen Macang,Kelantan dari PN Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Khamis digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan.

Keputusan itu dibuat setelah usul itu tersebut diluluskan dengan undian 110 anggota parlimen.

Seramai 63 ahli parlimen yang lain menentang, manakala tiga berkecuali. Empat puluh enam ahli parlimen pula tidak hadir.

Surat layang yang berkenaan terkait dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.

Blok pembangkang ‘menyambut’ keputusan Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal dengan membaca Qunut Nazilah.

Bacaan doa yang lazimnya dibuat oleh umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau dalam situasi perang itu dipimpin Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang juga salah seorang pemimpin PAS Melaka.- 18/7/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *