Kalau kita tinjau arked dan premis niaga MARA di seluruh negara didapati sebahagiannya sepi dan lesu.
Pengerusi MARA Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Khamis mendedahkan antara puncanya.
Beliau berkata, penyewa terbabit mengambil kesempatan menyewa premis MARA yang murah untuk tujuan tidak sepatutnya.
“Ramai ambil kesempatan sewa murah, jadikan premis Mara tempat stor atau tidak buka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Asyraf Wajdi yang merasa kecewa dengan gejala ini berkata, perbuatan tersebut menyebabkan bazar, arked dan premis Mara yang lain menjadi lesu.
Justeru, katanya, Mara akan mengambil tindakan tiga bulan notis keluar kepada penyewa terlibat sebelum tindakan mahkamah menyusul.- 18/7/2024