TAHUKAH ANDA

MCA tidak akan keluar dari BN

MCA tidak akan keluar dari Barisan Nasional dan anggap dakwaan itu cuma khabar angin yang cuba dicipta oleh kalangan tertentu.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir kata pendirian itu dinyatakan oleh Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

“Presiden dan Setiausaha Agung MCA juga telah memaklumkan bahawa perkara itu tidak berlaku,” katanya ketika ditemui wartawan di Cheras Sabtu.

Beliau diminta mengulas laporan media yang memetik sumber mendakwa MCA mungkin akan bertindak keluar dari BN.

Zambry berkata semua pemimpin dalam BN sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dan tidak ada masalah yang boleh membawa kepada sesuatu parti meninggalkan gabungan berkenaan.

Laporan itu mendakwa ahli akar umbi MCA kini berasa tidak selesa dengan kedudukan parti itu dalam BN dan mendesak agar perubahan dibuat.

Selain berasa kecewa diketepikan daripada kerajaan, sumber itu mendakwa ahli MCA juga berpendapat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sudah tidak relevan untuk memimpin gabungan berkenaan.- 20/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button