Agak menarik interbiu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dengan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dalam ‘Keluar Sekejap’ dimana mereka korek habis corak pemikiran dan pendirian politik tokoh yang jadi Ketua Menteri Sarawak sejak 13 Januari 2017 itu.
Interbiu selama dua jam yang dikendali di Kuching pada episod ke 115 itu jelas memaparkan Abang Johari atau lebih dikenali ramai sebagai ‘Abang Jo’ mempunyai corak pemikiran yang cukup jelas bagaimana cara
untuk memandu Sarawak maju ke depan.
Paling menarik ialah pengetahuan beliau yang luas tentang pelbagai hal termasuk mengenai teknikal dan saintifik bagi pembinaan empangan dan cara nak hasilkan gas hidrogen segala macam.
Kata orang bukan senang ‘nak goreng’ Ketua Menteri ini.
Namun dalam sudut politik ada satu perkara yang lama sudah menjadi tandatanya ramai orang khususnya pemerhati politik.
Khairy dan Shahril telah tembak soalan ini pada Abang Jo dan beliau tanpa berselindung beri jawapan yang straight foward dan jelas mengenainya.
Pokok pangkalnya tanpa dokongan 23 Ahli Parlimen GPS yakni Gabungan Parti Sarawak siapapun tidak akan ada ‘the numbers’ untuk tubuh kerajaan pusat di Putrajaya.
Kedudukan politik Sarawak adalah cukup solid baik di Dewan Undangan Negeri maupun di Dewan Rakyat.
Selain menang 23 kerusi Parlimen, GPS menang 76 dari 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ada orang kata dengan kekuatan itu selepas pilihanraya umum (PRU) ke 15 dulu dan mungkin selepas PRU ke 16 nanti…Abang Jo boleh senang senang petik jari kata ‘aku nak jadi Perdana Menteri’.
Bila bila masa saja GPS boleh letak syarat itu pada mana mana gabungan politik yang nak tubuh kerajaan pusat.
Namun Abang Jo secara terbuka jawab beliau tidak minat untuk duduk di jawatan nombor satu negara di Putrajaya itu.
Beliau juna ayat ‘kita kena realistik’.
Abang Jo kata begitu sekalipun beliau akui Sarawak memang pegang obor sebagai ‘king maker’ dalam pembentukan kerajaan pusat.
Bagi Ketua Menteri Sarawak itu dengan mempunyai 23 kerusi Parlimen saja tidak cukup.
Menurutnya ini kalau dilihat dalam kontek semuanya ada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara.
Mangikut pandangan Abang Jo dengan kekuatan 23 kerusi itu saja bila bila masa Perdana Menteri itu boleh goyang dan kerajaan runtuh.
“(Kalau) tidak ada majoriti…janganlah (nak jadi PM)”, katanya.
Beliau berpendapat jika keadaan begitu nanti akan sentiasa berlaku pertukaran demi pertukaran kerajaan.
“No ending,” katanya.
Nampaknya Abang Jo berkali kali menegaskan dalam interbiu itu Sarawak kini dan pada masa depan lebih berminat nak menjadi pendokong yang memastikan kerajaan pusat kuat dan stabil.
Beliau beri gambaran GPS boleh berkerjasama dengan mana mana gabungan politik demi memastikan Malaysia stabil dan bergerak maju ke depan.
Ini ,katanya terbukti bila GPS tampil mendokong Tan Sri Mhuyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,kemudian Datuk Seri Ismail Sabri dan sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam interbiu itu Abang Jo juga menafikan andaian Sarawak mengunakan kekuatan politiknya untuk buat tuntutan demi tuntutan bagi perlaksanaan apa yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 atau disebut MA63.
Katanya Sarawak tidak pernah menuntut tetapi apa yang terkandong dalam MA63 itu adalah hak Sarawak dari segi perlembagaan.
Ketua Menteri itu juga menafikan andaian atau anggapan sikap Sarawak seperti tukar nama jawatan Ketua Menteri kepada Premier,wujudkan syarikat minyak sendiri Petros dan sebagainya telah mewujudkan senario ‘a state within a state’ di Malaysia.
Baginya pandangan itu tidak betul kerana Sarawak cuma ingin segera maju ke depan.
Katanya Sarawak yang kuat dan maju dengan sendirinya akan menguatkan serta mendorong kemajuan Malaysia.- 23/7/2024