YANG VIRAL

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran

Perjuangan rakyat Palestin menerima khabar duka pada Rabu bila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam satu serangan Zionis keatas bangunan dimana beliau menginap di Tehran, ibukota Iran.

Kematian Allahyarham ( gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan tidak lama dulu) disahkan oleh Pengawal Revolusi Iran.

Khabarnya Allahyarham berada di Tehran untuk hadiri majlis lantikan Masoud Pezeshkian sebagai Presiden Iran pada Selasa.

Turut terbunuh dalam serangan Zionis itu ialah beberapa orang pengawalnya.

Awal tahun ini, Israel telah membunuh tiga orang anaknya dalam serangan di Utara Gaza.

Pada Mei 2017, Hamas yang mentadbir Gaza, memilih Ismail,54, sebagai pemimpin biro politik, menggantikan Khaled Meshaal.- 31/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button