TAHUKAH ANDA

Menjelang PRK Nenggiri…ada usaha lagakan UMNO dan PKR

Biasalah…bila makin dekat dengan pilihanraya kecil (PRK) seperti yang bakal diadakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,Kelantan maka berlegarlah macam macam taktik kotor.

Bagi melemahkan pihak lawan maka usaha itu lebih bertumpu kepada melaga-lagakan antara parti gabungan.

Terbaru tular mesej yang mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub beliau memberi arahan kepada jentera PKR supaya tidak memakai baju Pakatan Harapan (PH) ketika masuk ke kawasan Nenggiri.

Pada Rabu menerusi hantaran di media sosial beliau menafikan mengeluarkan arahan itu.

Menurut Ahmad Jazlan, mesej tular itu merupakan konspirasi politik kotor daripada pihak lawan.

“Pada petang tadi (semalam), telah berlegar mesej berhantu di aplikasi WhatsApp dan Telegram yang memburukkan nama saya.

“Ini adalah satu dakyah dan konspirasi politik kotor daripada pihak lawan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya pernyataan ini. Seluruh jentera parti di dalam Kerajaan Perpaduan bersemangat dan kekal fokus dalam memenangkan calon Barisan Nasional (BN) DUN Nenggiri,” katanya.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon bagi PRK DUN Nenggiri, 17 Ogos depan.

Penamaan calon bagi PRK DUN Nenggiri di Kelantan yang merupakan PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pula akan diadakan pada 3 Ogos ini.

Sebelum ini dilaporkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan DAP tidak perlu hadir membantu kempen di Nenggiri menjelang PRK itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangan berkenaan mempunyai asas kerana Ku Li yang juga Pengarah PRK Nenggiri, adalah ahli politik veteran serta lebih mengetahui sentimen setempat.- 31/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button