TAHUKAH ANDA

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Anwar kata dunia gagal tegakkan keadilan…

Datuk Sri Anwar Ibrahim kata pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas,Ismail Haniyeh ada unsur sabotaj kerana Zionis tidak mahu perjanjian damai berjaya.

Dalam perbualan telefon dengan anggota biro politik Hamas Basem Naim,Perdana Menteri juga berkata Malaysia sangat marah kerana masyarakat antarabangsa telah gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak.

Anwar juga berkata Ismail memperjuangkan perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin.

“Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya.

Anwar menghubungi pemimpin Hamas bagi menyampaikan takziah atas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran,Iran, pada Rabu.

Dalam perbualan kira-kira lima minit itu, Anwar memberitahu Basem Naim bahawa seluruh menteri Malaysia terkejut dengan pemergian Ismail.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perkara ini, tetapi kami berada dalam mesyuarat Kabinet (ketika terima berita kematian Ismail ).
dan seluruh ahli Kabinet terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang bertindak menyerang di kediaman, menyiksa mereka, dan menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara sedemikian.

Sementara itu menerusi laman facebooknya Perdana menteri mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh.

Katanya ,”pembunuhan ini ternyata sangat tragik dan kejam yang jelas bertujuan untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza yang telah meragut lebih dari 40,000 nyawa. Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

“Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan sahaja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian.

“Rakyat Palestin telah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya, dan saya amat bimbang tentang nasib mereka susulan pembunuhan saudara Ismail.

“Mereka yang telah mengkritik saya saat ketemu saudara Ismail sebelum ini telah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan.

“Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin.” – 31/7/2024

PMO kecam Meta sekali lagi turunkan hantaran Anwar bertemu pemimpin Hamas

Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan pihak Meta Platforms Inc (Meta) yang sekali lagi menurunkan hantaran gambar perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar daripada aplikasi Instagram, semalam.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu berkata tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.

“Sehubungan itu pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” menurut kenyataan itu yang turut dikongsikan pada akaun media sosial rasmi Perdana Menteri.

Perdana Menteri pada 14 Mei lepas berkongsi gambar pertemuan bersama pemimpin Hamas termasuk Ismail Haniyeh di media sosial rasmi beliau, namun Meta bertindak menurunkan hantaran itu tidak lama kemudian.

Tindakan itu dikecam, sehingga Meta bertindak memuat naik semula hantaran berkenaan. – 31/7/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button