Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
2 pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / 2 pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

2 pesawat TUDM ke Mesir, bawa rakyat Palestin cedera ke Malaysia

DUA pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata segala butiran berhubung misi tersebut akan dimaklumkan dalam minggu ini.

“Ya. Diminta untuk tunggu hingga Jumaat ini, butiran akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

— BERNAMA – 15/8/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *