Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Anwar…di India - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Anwar…di India

Anwar…di India

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini adalah dalam rangka lawatan tiga hari ke India dari 19 hingga 21 Ogos

Ini adalah lawatan pertamanya ke India selepas memegang jawatan pada November 2022.

Pada Selasa selepas upacara sambutan rasmi berlangsung di pekarangan kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan di New Delhi… Anwar adakan mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya, Narendra Modi.

Dalam usaha memajukan lagi kerjasama ekonomi Malaysia-India beliau juga akan turut menyertai mesyuarat meja bulat dengan beberapa pemimpin industri India.

Pada 2023, jumlah dagangan Malaysia dan India mencecah RM76.62 bilion (AS$16.53 bilion), dengan Malaysia menikmati lebihan RM15.89 bilion (AS$3.43 bilion).

India adalah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit Malaysia dengan jumlah import RM11.31 bilion (AS$2.44 bilion).

Import utama Malaysia dari India termasuk produk petroleum (RM6.62 bilion atau AS$1.44 bilion) dan produk pertanian, termasuk daging halal (RM5.79 bilion atau AS$1.27 bilion).

Pada 2023, Malaysia adalah rakan dagangan ketiga terbesar India dalam kalangan negara anggota ASEAN.- 20/8/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *