FOKUS

Nama bekas Setiausaha Politik Anwar bergema di sidang Dewan Rakyat…

Nama Datuk Farhash Wafa Salvador,bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bergema di sidang Dewan Rakyat pada Selasa bila Perdana Menteri ditanya mengenai apa tindakan terhadap agensi berita Bloomberg kerana siar artikel pada 26 September lalu mendakwa ada campurtangan politik pada siasatan SPRM.

Menjawab soalan tambahan Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen PN Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengenainya ,Anwar menegaskan jika terdapat maklumat jelas siapa saja termasuk Farhash tidak terlepas dari siasatan.

Beliau beri jaminan SPRM tidak akan tutup kes termasuk Farhash jika ada maklumat jelas berlaku kesalahan.

Pada laporan 26 September itu Bloomberg memetik sumber mendakwa SPRM hanya menyiasat musuh politik Anwar tetapi tidak kalangan rakannya.

Farash yang kini tidak lagi berkhidmat dengan Anwar dikaitkan dengan isu kontrovesial pembelian saham Heitech Padu.

Kebelakangan ini pihak pembangkang telah mempersoalkan macam macam hal berkaitan pembelian saham itu.

Teropong dihalakan pada syarikat itu kerana ia hangat dikatakan mengintai projek menyedia perkhidmatan teknologi pembangunan sistem imigresen baru menelan belanja RM1 bilion.

Mengulas dakwaan Bloomberg mengenai Heitech Padu ,Anwar berkata : “Saya percaya malah (Ahli Parlimen) Pasir Mas tahu syarikat itu ada kaitan dengan Tuanku Sultan , bukan Farhash”.

Beliau merujuk bagaimana saham Farhash dimiliki bersama dengan Sultan Kelantan.

Mengenai dakwaan dalam laporan Bloomberg lagi Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau hanya memberi arahan umum kepada SPRM berhubung rasuah.

Menurutnya arahannya kepada pihak berkuasa tidak melibatkan sebarang kes khusus.

“SPRM sendiri telah membuat kenyataan yang tegas menafikan tohmahan tersebut (laporan Bloomberg) kerana apa yang berlaku hanya arahan umum yang saya lakukan termasuk di parlimen.

“Saya mahu SPRM, LHDN, PDRM, badan-badan penguat kuasa bertindak tegas memerangi rasuah secara tegas, tanpa tolak ansur.

“Ini arahan diberikan tetapi tidak melibatkan kes-kes khusus kerana SPRM seperti juga Jabatan Peguam Negara harus bertindak bebas dan telus,” katanya.- 15/10/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button