Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Ibarat musim cerai selebriti…terbaru Datuk Fadzley Yaakob - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Ibarat musim cerai selebriti…terbaru Datuk Fadzley Yaakob

Ibarat musim cerai selebriti…terbaru Datuk Fadzley Yaakob

Baru ini hangat pasal Fatah Amin dan Fazura bercerai….kemudian Emma Maembong dan Muhammad Shazli Azhar…terkini chef selebriti dan penyanyi Datuk Fadzley Yaakob dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pula.

Cuma berbeza dengan pasangan Fatah-Fazura yang dapat liputan meluas masa hendak bercerai….Fadzley dan Emma Maembong berlangsung secara senyap.

Fadzley,46 mengeluarkan kenyataan pada Selasa umum perceraiannya dengan Azrene yakni anak kepada Datin Rosmah Mansor dan bekas suami.

Mereka berkahwin 18 tahun lampau.

Katanya mereka bukan lagi pasangan suami isteri sejak beberapa bulan lalu.

“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.

“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama.

“Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun.- 15/10/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *