Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Mohd Dusuki Mokhtar Peguam Negara baharu - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Mohd Dusuki Mokhtar Peguam Negara baharu

Mohd Dusuki Mokhtar Peguam Negara baharu

Penyandang jawatan Peguam Negara menyaksikan pertukaran ekoran perlantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Jawatan berkenaan akan disandang oleh Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, pelantikan Mohd Dusuki telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Mohd Dusuki yang dilahirkan di Machang, Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohd Duski juga mempunyai Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Terrirudin atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.- 11/11/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *