Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
‘Tak apalah Bersih bagi D bukan F’ - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / ‘Tak apalah Bersih bagi D bukan F’

‘Tak apalah Bersih bagi D bukan F’

Usia pentadbiran Kerajaan MADANI yang baru memasuki tahun kedua ini masih baharu untuk dinilai pencapaiannya secara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pentadbirannya akan mencapai gred lebih baik pada masa akan datang selepas diberikan gred D oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

“Tentang laporan Bersih, tak apalah Bersih bagi D, bukan F (gagal). UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dapat D, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) esok naik A, Insya-ALLAH…dia (kerajaan ini) baru sangat,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai gred pencapaian yang diberikan Bersih terhadap kerajaan pimpinannya.

Terdahulu, Bersih dilaporkan memberi gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Bersih turut meletakkan Anwar di belakang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi.

Dalam sesi sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ahli Parlimen pembangkang perlu berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof bagi memuktamadkan hal peruntukan.

“Tentang peruntukan, saya tidak faham hal ini pun termasuk dalam laporan Bersih. Dia mengetepikan kenyataan saya ketika itu sebagai Ketua Pembangkang bahawa saya berunding dengan Perdana Menteri.

“Setelah berunding, itu baru diputuskan dan kita tidak terima draf awal. Pandangan kita kepada Timbalan Perdana Menteri II jelas, (pembangkang) harus berunding,” katanya.- 21/11/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *