Thursday - 5, December 2024

Awas…Bersatu palu gendang perang nak tawan Pahang,Perak dan Selangor

Share

Perikatan Nasional (PN) melalui PAS pada pilihanraya negeri yang lalu menguasai Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis.

Rakan PAS dalam PN yakni Bersatu juga menyimpan cita cita besar menjelang pilihanraya akan datang.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Sabtu secara terbuka berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang.

Menjawab soalan dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Shah Alam,Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata,“Ya betul, di utara bukan negeri kita (Bersatu) tapi di bawah PN, dan di Pahang dan Perak kita lihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor, kita kurang sedikit sahaja (kerusi DUN berbanding PH dan BN).

“Maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan itu (menang di negeri tersebut),” katanya.- 30/11/2024

Read more

khabar terbaru