Thursday - 5, December 2024

Kongres Nasional 2024 ditangguhkan kerana banjir…tiada tindakan keatas Hassan Karim

Share

Kongres Nasional PKR 2024 asalnya dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bharu.

Namun susulan bencana banjir yang melanda lapan negeri ketika ini konvensyen itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Ia diputuskan oleh mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Sabtu.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan pada masa sama kata satu kongres khas bagi meminda Perlembagaan parti itu akan diadakan secara hibrid.

Katanya, tarikh kongres khas itu akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

“PKR merakamkan ucapan takziah buat lebih 131,000 mangsa bencana banjir yang melanda.

Menurut Fahmi pimpinan bersetuju agar anggota cabang-cabang PKR dikerah untuk segera membantu mangsa-mangsa banjir termasuk untuk pembersihan pasca banjir kelak.

Dalam pada itu Fahmi telah dilaporkan memberitahu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tiada tindakan akan diambil ke atas Ahli Parlimen Pasir Gudan Hassan Abdul Karim.

Katanya mesyuarat MPP hari ini ada membincangkan isu laporan disiplin terhadap Hassan.

Pada 21 November lalu, Hassan mengesahkan beliau dipanggil Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyatannya berkenaan keputusan kerajaan melantik U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. – 30/11/2024

Read more

khabar terbaru