Gara gara dakwaanya tiga pemimpin DAP ada pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng …Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad perlu ‘bayar mahal’ selepas kalah dalam saman fitnah.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat PAS Pusat itu membuat dakwaan berkenaan terhadap Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.
Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Rabu, Hakim Quay Chew Soon mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Peguam ketiga-tiga mereka, Sankara Nair, berkata ahli parlimen PAS berkenaan juga perlu dikenakan faedah tahunan 5 peratus jika gagal membuat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.
Siti Mastura turut diarah membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif terbabit.
Beliau membuat dakwaan itu semasa berceramah di Kemaman, Terengganu, pada 2023.
Menurut Sankara, mahkamah mendapati Siti Mastura bertindak dengan niat jahat apabila membuat dakwaan tersebut semasa berceramah di Kemaman, Terengganu, pada 2023.
Kata Sankara, pihak plaintif berjaya membuktikan bahawa kenyataan dibuat Siti Mastura bersifat fitnah dan dia gagal membuktikan pembelaannya tentang justifikasi, ulasan yang adil dan keistimewaan yang layak.
“Permohonan pihak plaintif untuk mendapatkan injuksi ke atas defendan agar dia tidak mengulangi kenyataan tersebut juga diterima mahkamah,” katanya.- 4/12/2024