Thursday - 5, December 2024

Anwar pertahan keputusan KPM teruskan peperiksaan SPM ketika banjir…

Share

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneruskan peperiksaan SPM ketika musim banjir.

Perdana Menteri menolak mainan pembangkang tentang hal ini dengan menegaskan negara telah berdepan dengan isu peperiksaan ketika musim banjir sejak berdekad lalu dan ia tidak pernah ditangguhkan.

“Pembangkang mainkan isu yang besar bahawa mereka (calon Sijil Pelajaran Malaysia) ini tiada pen dan buku.

“Saya perlu ingatkan bahawa ini adalah ujian lisan, tak perlu pen dan buku. Lisan maksudnya lisan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, Presint 10.

Kata Anwar berdasarkan rekod lalu, mereka yang berada di hostel sementara ini mendapat keputusan yang baik berbanding calon di rumah.

“Di rumah tiada jaminan mereka akan belajar setiap malam, setiap hari. Tetapi di hostel guru datang, ada tugasan dan ada rakan-rakan yang komited serta serius belajar.

KPM sebelum ini memutuskan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak perlu ditangguh atau ditunda kerana kementerian itu mempunyai mekanisme lengkap menangani isu pelajar terkesan banjir pada musim monsun timur laut.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata, melalui prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung, KPM yakin isu pelajar menduduki peperiksaan ketika banjir dapat diuruskan dengan baik.- 4/12/2024

Read more

khabar terbaru