Monday - 14, July 2025

Elon Musk ramal Singapura bakal ‘pupus’…

Share

Manusia terkaya di dunia dan pemilik beberapa syarikat terkemuka Elon Musk bikin panas dalam aplikasi X apabila membalas tweet dengan mendakwa Singapura dan beberapa negara lain akan mengalami ‘kepunahan’kerana tingkat kesuburan penduduk yang menurun.

Komen ini dia lontarkan ketika membalas komen daripada Mario Nawfal (pempengaruh di X) yang mengatakan Singapura mengalami krisis bayi. Beliau merujuk data yang dipaparkan oleh Newsweek.

“KRISIS BAYI DI SINGAPURA: AKANKAH ROBOT MENYELAMATKAN?” begitu bunyi tweet Nawfal.

Disebutkan, angka kelahiran di Singapura telah mencapai titik terendah iaitu hanya 0,97 anak per perempuan. Angka ini jauh di bawah 2,1 yang diperlukan untuk populasi yang ideal.

“Ertinya? Lebih banyak orang tua, lebih sedikit pekerja, dan tenaga kerja menyusut. Dari kilang hingga penghantaran makanan, robot menggantikan tenaga manusia yang kurang mencukupi,” katanya.

“Pada tahun 2030, hampir 1 daripada 4 warga Singapura berusia lebih 65 tahun,” katanya

Lebih lanjut, kata Nawfal, pemerintah Singapura meminta lebih banyak penyerapan tenaga kerja untuk orang tua dan mencuba untuk beralih ke penggunaan robot.

Kemudian, tweet ini dibalas oleh Elon Musk dengan satu kalimat singkat. ‘Singapura (dan banyak negara lain) akan pupus (Singapura (dan banyak negara lain) sedang menuju kepunahan),’ tulis pendiri SpaceX dan Tesla tersebut.

Pendapat Musk itu mendapat berbagai komen dari netizen.

“Hanya bertahan hidup. Orang perlukan lebih banyak modal agar merasa nyaman untuk memulakan sebuah keluarga,” kata @nilgirian.

“Angka kelahiran di mana-mana menurun. Gila!” ujar @CoffeeNGrit.

“Sudah ada robot di airport. Galakkan orang muda untuk punya anak. (Beri) insentif untuk keluarga,” usul @JamesPGoddard90.- 9/12/2024

Read more

khabar terbaru