FOKUS

KEMASKINI : Mohamad Hasan sendiri minta KKM hantar kompaun atas kesalahannya hisap rokok di restoran…juga mohon maaf

Tanpa panjang cerita….isu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ‘kena cekup’ hisap rokok di sebuah restoran sudah settle.

Malah Timbalan Presiden UMNO itu sendiri yang minta Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun atas kesalahan yang beliau lakukan.

Ahli Parlimen Rembau itu telah langgar undang undang bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Dan beliau memberitahu saya, kompaun tersebut akan dibayar,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkelfly Ahmad melalui platform X pagi Rabu.

Menurutnya pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Negeri Sembilan akan menyerahkan notis kompaun itu kepada Mohamad Hasan hari ini.

Sementara itu ditemui wartawan selepas satu majlis di Kementerian Luar di Putrajaya,Mohamad Hasan kata,” “Kalau ia menjadi kerisauan dan jadi isu kepada masyarakat saya mohon maaf.

“Kompaun saya bayar dan kena tunggu notis sebab mereka beri notis saman. Saya akan bayar harap tidak banyak sangat,” katanya.

Gambar menteri itu hisap rokok di sebuah restoran di Rembau itu disebar oleh seorang pengguna laman X.

Ia menjadi tular dan ditonton oleh ratus ribu orang di pelbagai platform media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku Ahad lalu semasa Mohamad Hasan yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau berbual dengan berapa rakan lama di restoran itu.

Ekoran itu Dr Dzulkefly yang mengulas mengenainya menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika melanggar peraturan ditetapkan.

“Setelah Akta 852 berkuat kuasa pada 1 Okt yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” katanya di X.- 18/12/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button