Monday - 23, December 2024

Zahid cakap pasal main bola untuk kunci kerjasama kerajaan perpaduan hadapi PRU16…

Share

Ini bukan satu rahsia.Kalau rajin diam diam korek cerita dari kalangan pimpinan politik baik di blok kerajaan perpaduan atau pembangkang kita akan dengar nada yang sama.

Semua orang tahu dalam politik tidak ada istilah yang kekal.Silap haribulan dan kemungkinan timbul situasi tertentu segalanya boleh berubah.

Misalnya isu nawaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz nak masuk PKR sikit sebanyak menguris perasaan UMNO-BN.

Namun sehingga saat ini tidak ramai yang berani pertikai satu kesimpulan politik dalam negara bahawa tidak ada mana mana blok parti
yang boleh menang sendiri pada pilihanraya umum ke 16 nanti.

Ikut ceritanya segala macam kajian sudah dibuat oleh jentera risikan parti segala macam tetapi hasilnya tidak lari jauh dari kesimpulan itu.

Baik di blok BN,PH,Bersatu,PAS dan parti lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

Malah ada yang merasa zaman mana mana satu blok parti boleh menguasai politik negara seperti seperti pernah dinikmati BN dulu sudah berlalu.

Atas sebab itu kalangan pemerhati politik menilai apa yang kebelakangan ini berulang kali disebut oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan satu omong kosong.

Bagi mereka ia adalah satu pendirian politik yang realistik….dicelah ada juga suara dalam UMNO-BN yang mahu komponen itu ‘go solo’ pada PRU 16 nanti.

Terbaru di semasa berucap di majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 pada Ahad semalam beliau mengulangi pendirian UMNO-BN untuk teruskan memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihanraya umum ke 16 nanti .

Beliau menyuarakan hal itu sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas Sabtu yang yakin Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive.

“Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya.

Atas sebab itu Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin BN perlu memperkukuh struktur dalaman parti, mendekati rakyat dan memahami aspirasi generasi muda, pemerkasaan teknologi dan media sosial, dan menggerakkan jentera secara menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Permasalahan timbul dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU15 ialah ramai pemain sepatutnya ada semangat sepasukan tetapi tendang bola dalam gol sendiri, akhirnya kecundang.

“Hakikatnya kita mesti berperanan di posisi masing-masing sebagai pemain dalam pasukan bola agar kemenangan memihak kepada kita, pasukan BN jangan tendang bola ke dalam gol sendiri,” katanya. – 23/12/2024

Read more

khabar terbaru