Isu sahih atau tidak wujudnya titah adendum bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah benarkan Datuk Seri Najib Razak jalani tahanan rumah sudah terjawab.
Dalam prosiding di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi ini peguam utama Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membacakan surat daripada Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan berkenaan.
Muhammad Shafee beritahu surat tersebut ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah dan dihantar kepada anak Najib, Datuk Mohd Nizar.
Katanya Mohd Nizar telah dihubungi Istana Pahang pada 2 Dis tahun lalu, memaklumkan mengenai kewujudan perintah tambahan diraja bagi membenarkan Najib menjalani baki tahanan rumah.
Menurut Muhammad Shafee, surat bertarikh 4 Januari lalu itu, dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.
Muhammad Shafee mengemukakan dokumen itu ketika mengemukakan permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkenaan.
Sementara itu diluar kompleks Istana Kehakiman sekitar 3,000 orang hadir sertai himpunan solidariti untuk Najib.
Najib tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.30 pagi tadi bagi prosiding rayuan mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum untuk beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Kehadiran Najib diiringi kenderaan Jabatan Penjara itu turut disambut dengan laungan ‘Hidup Bossku’ oleh penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman itu.
Antara pemimpin politik yang dilihat hadir termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh,Timlalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin,Naib Presiden Bersatu Datuk Ronald Kiandee,Naib Presiden PAS Datuk Sri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar,Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan,Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz,Ahli Parlimen Arau Datyk Shahidan Kassim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Pada jam 11.50 pagi tadi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Azizah Nawawi menangguhkan prosiding sehingga jam 1 petang hari ini.
Mahkamah itu menetapkan jam 1 petang ini untuk menentukan sama ada membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi menguatkuasakan titah tambahan yang didakwa membolehkannya menjalani baki hukuman melalui tahan di rumah.
OLEH HIEKAL ROSLI…….BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL