Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah – Loke - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah – Loke

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah – Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pihak kementerian tidak bertanggungjawab mengawal kadar tambang bas sekolah kerana isu ini tidak berada di bawah bidang kuasa mereka.

“Tambang bas itu bukan di bawah kita, kita tidak ada kawalan. Tambang bas itu sudah tidak lagi regulated. Ia antara (perbincangan dan persetujuan daripada) pihak ibu bapa (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dengan pengusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu kenaikan tambang bas sekolah yang dijangka meningkat antara RM5 hingga RM10 selepas sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menggesa Kementerian Pengangkutan untuk campur tangan bagi mengelakkan kenaikan tambang bas sekolah yang dijadualkan bermula Februari ini.

Pada Rabu lepas, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof memaklumkan pengusaha bas telah menyuarakan hasrat untuk menaikkan tambang berkenaan, namun keputusan akhir akan dibuat berdasarkan persetujuan antara mereka dan pihak ibu bapa.-10/1/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *