Ini bukan isu baru…ibarat kata tenggelam timbul dari masa ke semasa.
Malah ada yang kata sudah penat nak cakap isu logo halal.
Riuh seketika…lepas itu senyap sunyi macam tidak ada hal.
Sebenarnya bukan setakat isu logo halal tetapi isu kebersihan premis dan kilang proses makanan juga harus diintai.
Ini bukan hal main main.
![](https://x-press.my/wp-content/uploads/2025/01/kotor3xxx.jpg)
Kita sudah dengar macam macam cerita tentang kilang proses makanan yang jijik dengan bangkai tikus sana sini dan serba mak nenek lain.
Begitu juga halnya dengan restoran.
Kalau tengok kekotoran semasa pendedahan dibuat kita boleh muntah hijau kerana amat loya.
Bayangkan keluaran kilang kilang jijik ini ini juga menjadi bahan makanan yang ditelan oleh umat Islam.
Nak harap penguatkuasa kementerian KPDNKK sahaja pantau tidak cukup.
Ia memerlukan kerjasama semua pihak.
![](https://x-press.my/wp-content/uploads/2025/01/halal-verify.jpg)
Gara gara isu terbaru mengenai penemuan produk sandwic ham yang dijual di beberapa cawangan satu rangkaian kedai serbaneka yang popular… Pemuda UMNO Malaysia nak ambil langkah bantu tangani isu ini.
Pergerakan itu melancarkan kempen ‘pastikan halal ori, baru beli’ .
Menerusi kempen itu ia meminta orang ramai menyemak sesuatu produk yang mempunyai logo halal sebelum membuat pembelian.
Ia diumum oleh ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada hantaran di facebook Selasa malam.
Kempen ‘pastikan halal ori, baru beli’ meminta pengguna menyemak status berkenaan menggunakan aplikasi Verify Halal yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya nak minta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia. Kalau pergi ke kedai, ada logo halal tu. Mana produk-produk yang ada logo halal, check sendiri.
“Kalau tak ada, maka tak ada dalam sistem ni, maka tolong beritahu kepada pemuda UMNO Malaysia dan kita akan pastikan, mereka yang menggunakan logo halal tipu ni, akan dikenakan tindakan yang sangat keras.
‘Kita nak beritahu, jangan khianat kepercayaan kami. Dan jangan kerana sebab kamu nak lakukan, nak melariskan produk kamu, kamu menipu orang Islam dalam negara ni,” katanya.
Penggunaan logo dan sijil halal yang dikeluarkan Jakim secara palsu adalah satu kesalahan jenayah dan sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama.-15/1/2025