Ingat balik…pada 16 Ogos lalu, atas dasar simpati kerajaan Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza untuk rawatan di negara ini.
Mereka yang cedera dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur manakala saudara-mara lain ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) yang terletak dekat Kementerian Pertahanan.
Namun setelah tinggal di sini beberapa Ketika sebahagian mereka telah memohon untuk pulang dan ada yang membuat aksi protes untuk desak dihantar segera pulang.
Difahamkan kelewatan itu berlaku kerana situasi keselmatan yang tidak menentu di Gaza.
Ekoran gencatan senjata di Gaza berlangsung selama 42 hari dan berkuat kuasa hari ini kerajaan mengambil kesempatan itu untuk hantar mereka pulang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu dan penghantaran pulang mereka sedang diuruskan Kementerian Luar bersama Kementerian Pertahanan.
Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penutupan Permukiman KKDW 2025 dekat Georgetown pada Ahad beliau berkata,”kedua-dua kementerian yang terlibat akan memperincikan mengenai perkara itu dalam masa terdekat dan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.
“Mereka (rakyat Palestin) telah menerima rawatan dan memohon untuk pulang … jadi dalam keadaan gencatan senjata, ini mungkin masa sesuai untuk penghantaran pulang,” katanya
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia menerima permohonan maaf daripada Duta Palestin di Malaysia Walid Abu Ali susulan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL.
“Kita tahu bahawa mungkin mereka (warga Palestin) berada dalam keadaan tekanan kerana telah lama berada di Malaysia,” katanya.
Terdapat dua insiden protes dilaporkan iaitu masing-masing pada 5 Januari dan Oktober tahun lalu.- 19/1/2025