FOKUS

ADUN Sungai Sibuga,Sabah meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 11.20 Ahad malam.

Berahim Nasip yang juga ipar kepada Allahyarham mengesahkan pemergian Mohamad Hamsan, 65, bagaimanapun punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Jenazah sedang dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Kinabalu pada Isnin.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Pembantu Menteri Kewangan II itu sebelum ini mendapatkan rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 16 pada 2020, Mohamad Hamsan mewakili Barisan Nasional menang saingan lima penjuru kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dengan majoriti 1,538 undi.

  • Bernama – 20/1/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button