Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Situasi di Gaza… Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Situasi di Gaza… Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar

Situasi di Gaza… Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

“Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.

“Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendukung setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Semalam, pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus berusaha menyokong Palestin, tetapi memberi amaran terhadap gerakan diplomatik bersifat kosmetik yang gagal menangani punca sebenar konflik.-12/2/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *