Monday - 21, April 2025

Kontroversi gara gara Menteri Pendidikan berseloroh…

Share

Isu waktu persekolahan syif petang sepanjang Ramadan sudah beres setelah timbul kontroversi seketika gara gara salah faham Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berseloroh mengenainya.

“Ramadan tetap seperti biasa, kalau nak balik awal pun, tak boleh buka puasa awal,” itu katanya yang telah mengakibatkan ada kalangan yang salah faham dan terus marah.

Jika begitu jawabnya murid syif petang hanya boleh balik jam 6.30 petang.

Fadhlina cakap begitu sambil tersenyum dan tertawa jawab soalan wartawan selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih pagi Isnin.

Serentak dengan itu beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan garis panduan yang relevan bagi persekolahan sepanjang bulan puasa yang boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak.

Ekoran itu ada kalangan termasuk ibubapa yang melepas geram di media sosial mendakwa keputusan itu sangat tidak wajar kerana antara lain menyebabkan pasti mereka terkejar kejar nak ambil anak di sekolah dan urus keluarga nak berbuka puasa.

Malah kontroversi itu turut mengundang komentar Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh yang mengakui pada mulanya beliau pun turut marah.

Namun katanya selepas melihat video perbualan Fadhlina dengan wartawan jelas menteri itu cakap secara berseloroh.

Menurut Dr Akmal beliau terpanggil buat penjelasan bila macam macam orang kecam menteri itu.

” Tak kan lah kejam sangat menteri ini…6.30 petang (baru murid boleh pulang) orang nak buka puasa jam (antara) jam 7.15 dan 7.20 nanti (terkejar),”katanya.

Namun katanya betul lah seperti Fadhlina kata waktu murid syif petang pulang mengikut pekeliling yang sedia ada yakni 5.30 petang untuk semenanjung dan 5 petang untuk Sabah,Sarawak dan Labuan.

Sementara itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan rasmi kata kementerian itu mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini.

Kenyataan itu memaklumkan pengoperasian sekolah sepanjang Ramadan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berjalan seperti biasa, sama seperti tahun sebelumnya.

Sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam akan menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sepanjang Ramadan.

Bagi sesi petang persekolahan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula tamat jam 5 petang manakala sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.

“KPM menyediakan ketetapan berkaitan waktu persekolahan itu bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar dan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadat pada bulan Ramadan dengan selesa.- 17/2/2025

Read more

khabar terbaru