Saturday - 12, July 2025

DUN Air Kuning: UMNO terus mula kempen tanpa tunggu tarikh PRK

Share

Sudah menjadi amalan biasa sebelum ini UMNO akan tunggu keadaan reda selepas kematian seseorang wakil rakyatnya baru memulakan gerakan kempen pilihanraya kecil.

Namun lain halnya di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Kuning,Perak ekoran kematian ADUNnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung semalam.

Sebaliknya UMNO akan terus start enjin serta merta tanpa tunggu Suruhanjaya Pilihanraya umum tarikh pilihanraya kecil.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, yang juga pengerusi BN Perak kata ,“pagi ini, saya menerima panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO.

“Kami membincangkan perkara itu dan memutuskan bahawa kami tidak akan menunggu pengumuman SPR (untuk tarikh PRK).

“Sebaliknya, kita akan segera memulakan program dan aktiviti yang tertumpu kepada memenangi PRK,” katanya

Saarani bercakap kepada pemberita di luar Masjid An-Nur, tempat solat jenazah Allahyarham Ishsam diadakan.

Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid berkata SPR akan dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi Ayer Kuning seawal Selasa.

PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi kekosongan.

PRK terakhir di Perak ialah bagi kerusi DUN Slim pada 29 Ogos 2020.- 23/2/2025

Read more

khabar terbaru