Monday - 21, April 2025

Gempar…RM100 juta dikatakan ditemui di rumah seorang bekas pegawai PM9

Share

Wow..ini tentu satu hal yang gempar. Kita boleh merasa kes ini bergegar begitu bila melihat pada jumlah wang yang dikatakan ditemui.

Dalam siasatan keatas kes pegawai kepada bekas Perdana Menteri ke 9 ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pihak SPRM telah sita lebih RM100 juta di kediaman salah seorang mereka.

Ikut laporan wang tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan dana politik dan ditemui dalam beberapa beg dan peti besi dalam bilik di kediaman itu.

Penyiasat SPRM turut merampas dokumen, barang kemas dan peranti elektronik ketika melakukan serbuan terhadap kediaman itu.

Serbuan terbabit dijalankan SPRM susulan siasatan berterusan dan pemantauan selama beberapa bulan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan bekas pegawai kanan berkenaan.

Penyiasat kini sedang meneliti sumber wang berkenaan, termasuk kemungkinan kaitan dengan dana politik.

Sumber itu berkata, siasatan yang dijalankan menjurus kepada peranan dimainkan bekas pegawai kanan berkenaan terhadap dana yang dirampas.

Pada Ahad Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan empat orang yang berkhidmat sebagai pegawai kanan pada Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram.

Walaupun beliau tidak menyatakan jumlah sebenar wang yang terlibat, Azam berkata, ia adalah “jumlah yang besar”.

Ismail Sabri dimasukkan ke sebuah hospital di Kota Damansara selepas rebah di rumah pada awal pagi Sabtu.

Beliau yang dirawat di sebuah hospital swasta kini sudah sedar sepenuhnya dan dilaporkan stabil.

Kecuali keluarga terdekat ,tiada siapa dibenarkan melawat beliau.- 24/2/2025

Read more

khabar terbaru