Apa sebenarnya kes empat pegawai kepada bekas bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan SPRM masih menjadi tandatanya.
Seperti biasa dalam kes panas seperti ini apa lagi melibatkan pegawai bekas Perdana Menteri pelbagai spekulasi akan berlegar.
Yang paling hangat tentunya kisah SPRM sita lebih RM100 juta yang ditemui di rumah salah seorang dari empat yang ditahan itu.
Itu pun setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari pihak SPRM.
Ismail yang dimasukan ke sebuah hospital swasta setelah rebah dan pengsan di rumahnya masih lagi menjalani rawatan.
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan memberitahu tiga lagi bekas pegawai Ismail yang ditahan reman Jumaat lalu akan dibebaskan dengan jaminan pada petang Selasa.
Mereka dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat pada Selasa.
Sebelum ini seorang lagi yang ditahan reman telah dibebaskan pada Ahad.
Empat individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Azam berkata, pihaknya setakat ini tidak boleh memberi sebarang perincian tentang siasatan yang sedang dijalankan.
Dari penjelasannya nampaknya kemungkinan besar semua pihak terpaksa kena menunggu untuk tahu apa sebenarnya kes ini.
“Kita akan mengumumkan hasil selepas siasatan mengenai kes itu lengkap dan selesai,” kata Azam.- 25/2/2025