Friday - 18, April 2025

Apa cerita perbicaraan kes pukul OKU di Pasar Tani Kemaman…?

Share

Ingat balik kes lelaki kurang upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada 17 Januari lalu.

Kes yang heboh dan mencuri perhatian ramai seluruh negara ini sudah masuk mahkamah Isnin lalu.

Dalam insiden berkenaan Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar satu daripada gerai jualan di pasar berkenaan.

Susulan itu, enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kemaman untuk pertuduhan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu mengaku bersalah dan telah membayar denda RM2,000 manakala seorang lagi minta dibicarakan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli dalam satu kenyataan memberitahu kesemua tertuduh sebelum ini telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pada Isnin lalu, seramai enam individu ditahan berhubung kes tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman. Lima lelaki tersebut mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan.

“Kesemua yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 setiap seorang dan mereka telah membayar denda tersebut.

“Jadi kita menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar. Pihak polis akan sentiasa memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil,” katanya.- 26/2/2025

Read more

khabar terbaru