Home / YANG VIRAL / Ini penjelasan Azalina di Dewan Rakyat pasal isu tahanan rumah…

Ini penjelasan Azalina di Dewan Rakyat pasal isu tahanan rumah…

Isu status tahanan rumah menjadi lebih jelas pada Khamis menerusi penjelasan Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat.

Ketika pelbagai soalan berlegar mengenai rupa bentuk tahanan rumah itu beliau memberitahu tahanan rumah boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan undang-undang baharu.

Beliau memberitahu demikian sebagai menjawab soalan soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu tahu sama ada undang-undang Malaysia membenarkan tahanan rumah, khususnya berkaitan kes Datuk Seri Najib Razak.

Azalina kata menurut Pejabat Peguam Negara, Akta Penjara memberi kuasa kepada menteri dalam negeri untuk mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, atau tempat sebagai penjara.

“Dengan kata lain, menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan suatu rumah sebagai tempat yang sah untuk menahan banduan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan bawah Akta Penjara 1995,” katanya.

Jawatan Menteri Dalam Negeri kini disandang oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.- 6/3/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *