Friday - 11, July 2025

KEMASKINI: Tangguh lagi…Ismail Sabri akan beri keterangan SPRM 13 Mac

Share

Asalnya pada Rabu (5 Mac) kemudian ditangguh ke Jumaat ini (7 Mac)…namun proses bekas Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beri keterangan kepada SPRM dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram telah ditunda lagi ke 13 Mac ini.

Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki kata ini kerana beliau masih cuti sakit.

Menurutnya Ismail Sabri tidak dapat hadir esok dan akan datang pada 13 Mac.

Bekas Perdana Menteri itu akan beri keterangan sebagai suspek kes ekoran penemuan wang tunai RM170 juta dan jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah ‘ safe house’.- 6/3/2025

BERITA SEBELUM INI: Ismail Sabri beri keterangan SPRM pada Jumaat…bukan hari ini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Jumaat ini dan bukannya pagi ini,Rabu untuk beri keterangan.

Penangguhan itu kerana beliau masih ada sijil sakit hingga Khamis.

Hal ini telah disahkan oleh Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Asalnya beliau dilaporkan akan beri keterangan pada jam 10 pagi ini.

Ismail kini sedang disiasat sebagai suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada awal pagi 22 Februari lalu bekas Perdana Menteri itu rebah dan pengsan di rumahnya.

Beliau telah menjalani rawatan di sebuah hospital swasta dekat Kuala Lumpur.- 5/3/2025

Read more

khabar terbaru